Seramai dua juta belia yang memenuhi syarat ditetapkan boleh menuntut kredit e-Tunai bernilai RM150 menerusi Program eBelia yang bermula hari ini.<br />Menurut Kementerian Kewangan, MOF, peruntukan bernilai RM300 juta disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan sasar, selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia dan pelajar sepenuh masa.
